Sunday 11 November 2018

RUJUKAN

RUJUKAN
Buku
Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Jaafar Muhammad (1998). Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Mohd Salleh Lebar. (2007). Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan. Selangor: Thinker’s Library Sdn.Bhd.

Molhtar Ismail. (1992). Pengurusan bilik darjah. Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Maziza Sdn. Bhd.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.

Internet
Abdul Razak Idris & Mohd Fitri Ahmad. (2015, Ogos 29). Pembangunan sistem pengurusan pembelajaran. Diperolehi daripada http://eprint.utm.my//1921/1/pembangunan_sistem_pengurusan_penbelajaran.pdf.

Abdul Said Ambotang & Norin Farizah Mohd Nuin. (2017). Minda Pendidik: Implikasi Reformasi dalam Pengurusan Data Murid di Sekolah. Utusan Borneo. Diperoleh daripada http://eprints.ums.edu.my/17123/implikasireformasidalampengurusandata_murid_di_sek olah.pdf 

Akhi Muhammad aiyas. (2013, Disember 25). Jenis-jenis komunikasi. Diperolehi daripada http://ml.scribd.com/doc/34821409/Jenis-Komunikasi.

Mohammad Farhan. et. al (2015, Ogos 29). kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh daripada http://www.slideshare.net/shockgadof/pengurusan-pembelajaran    kumpulan?related=3.


Portal rasmi KPM. (2015, Ogos 30). Sistem pengurusan pembelajaran - SPP(LMS). diperoleh
daripada http://spp.moe.edu.my?course?category.php?id=62&lang=ms.

Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin. Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah: Universiti Malaya. Diperolehi pada Januari 10, 2010 daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/4990/1/11.pdf.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi pengurusan. Diperoleh pada Oktober 26, 2018, daripada Kamus Bahasa Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengurusan

Kementerian Pelajaran Malaysia (1981:16). Strategi mengurus bilik pembelajaran. Diperoleh pada Oktober 27, 2018, daripada https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-Strategi-Mengurus-Bilik-Pembelajaran

Lemlech (1988). Definisi pengurusan bilik darjah. Diperoleh pada Oktober 30, 2018, daripada http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.html

Marland (1975). Definisi pengurusan. Diperoleh pada November 6, 2018, daripada http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.html

Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44). Strategi mengurus bilik pembelajaran. Diperoleh pada November 6, 2018, daripada https://missugliest.blogspot.com/p/bab-8.html

Abdullah Sani (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Definisi Disiplin. Diperoleh pada Oktober 24, 2018, daripada https://books.google.com.my/books/about/Mengurus_Disiplin_Pelajar.html?id=uA69_8skr04C&redir_esc=y
Al Ghazali. Definisi tingkah laku dalam perspektif islam. Diperoleh pada Oktober 24, 2018, daripada http://www.academia.edu/7195820/Ghazali

Carl Rogers (1999). Definisi tingkah laku. Diperoleh pada Oktober 27, 2018, daripada http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2014/01/tingkah-laku-bermasalah-dan-teori.html

Emile Durkheim. Definisi tingkah laku. Diperoleh pada November 5, 2018, daripada http://sopyanasauri.blogspot.com/2012/11/teori-fungsioanalisme-menurut-emile.html

Emile Durkheim. Teori Fungsionalisme. Diperoleh pada November 5, 2018, daripada http://sopyanasauri.blogspot.com/2012/11/teori-fungsioanalisme-menurut-emile.html

Garry Martin dan Joseph Pear (2003). Definis tingkah laku. Diperoleh pada Novermber 6, 2018, daripada https://www.scribd.com/presentation/325871980/Definisi-Dan-Konsep-Pengurusan-Tingkah-Laku
 Hasibuan , Malayu S.P. 2002. Definisi disiplin. Manajemen Sumber Daya Manusia. Bumi Aksara. Jakarta.


Sastrohadiwiryo, Siswanto. 2001. Definisi disiplin. Manajemen Tenaga Kerja Indonesia. Bumi Aksara. Jakarta.

Cikgu Sue (2016, 12 November) Program Pendidikan Khas. Diperoleh pada November 10, 2018, daripada http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2016/11/program-pendidikan-khas.html

Zaihan, M.H, (2012, Disember) Tekologi Pendidikan : Masalah Pembelajaran. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-pendidikan-khas-dalam-konteks-malaysia/

Nur Asmidar, (2014, 13 Oktober) Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/

Mohammad Affendy Omardin, (2016, 26 April) Persekitaran Sekolah Sihat dan Selamat. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada http://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/134-persekitaran-sekolah-sihat-dan-selamat

Ena Wasli, (2018) Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada https://www.academia.edu/4872092/Peranan_dan_Tanggungjawab_Sekolah_Terhadap_Masyarakat

Mohd Azrinsyah, A.A, (2015, 11 Januari) Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/

Rafidah, H.P, (2018) Kemahiran Pengajaran Mikro. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada http://www.academia.edu/10926975/Kemahiran_Pengajaran_Mikro

Suhaimi. F , (2014, 3, November) Pengurusan Sumber. Diperoleh daripada  https://prezi.com/qpuvvlucaqpt/pengurusan-sumber/

Mislan. N , (2012, 1, Disember) Pengurusan Penasihatan Murid. Diperoleh daripada  https://www.slideshare.net/noniemislan/pengurusan-penasihatan-murid

Abdullah. F (-) Pengurusan Penasihatan Murid (Bimbingan & Kaunseling). Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com/p/pengurusan.html

Panjaman. M , (2013, 18, April) Kepelbagaian Budaya Murid. Dimuat turun daripada  https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysiahttps://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia

Tesis
Dato’ Mohtar bin Abas. Julai (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi, 4(1): 1-10

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan seorang insan yang cemerlang dan bermanfaat pada semua kelak. Selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid untuk memastikan murid-murid menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang belajar dalam diri kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktivi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ini ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran bukan satu yang tetap kerana corak ini akan berubah mengikut perkembangan masa seperti Pembelajaran Abad ke-21 yang kebanyakannya menggunakn teknologi dan perubahan dalam sistem kelas atau jadual waktu  kelas.

2. ISI PENTING
Dalam konsep pengajaran, guru akan membuat pemindahan ilmu kepada pelajar sebagai proses pembelajaran. Matlamat pengajaran ini ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dimana semuanya sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Keberkesanan pengajaran ini adalah dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dpat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Sejajar dengan itu, pihak guru hendaklah merancang dengan lebih awal sebelum proses pengajaran supaya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rancangan pengajaran terbahagi kepada dua iaitu rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian. Rancangan pengajaran tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh para guru. Selain itu ialah rancangan pelajaran harian di mana rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif dan kenyatan sejauh mana objektif iti tercapai. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Rekod ini boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Tujuan merancang suatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif. Selain itu, tujuan konsep pengajaran akan menarik perhatian murid-murid dan tidak akan membosankan murid-murid sehingga kelas tamat. Para guru juga hendaklah membuat persediaan sebelum mengajar kerana ia akan melancarkan proses penyampaian ilmu kepada murid-murid. Guru-guru hendaklah membuat penulisan persediaan mengajar. Selain itu ialah persediaan ilmu pengajaran da nisi pelajran diajar. Guru hendaklah mengingat kembali segala ilmu sebelum mereka masuk ke dalam kelas untuk membuat sesi pengajaran. Guru juga hendaklah menyediakan bahan pengajaran dan peralatan pengajaran sebagai alat bantu mengajar kepada guru-guru untuk lebih menarik minat murid-murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, guru juga hendaklah menyediakan ruang pengajaran dan kemahiran dalam pengajaran.
Objektif pengajaran ialah satu pernyataan yang telah ditentukan dan perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap terentu. Proses pengajaran melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai seperti pengetahuan, kemahiran, perubatan, tingkah laku  dan sebagainya. Objektif pengajaran mempunyai tiga perspektif iaitu perspektif guru, perspektif pelajar dan perspektif pentadbir. Objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dengan adanya objektif pengajaran, guru dapat menilai sama ada matlamat pengajarannya tercapai atau sebaliknya.Selain itu, perspektif pelajar di mana objekif pengajaran ialah memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dipelajari pelajar. Perspektif terkahir ialah perspektif pentadbir yang berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran dan rancangan mengajar.
Objektif pengajaran terbahagi kepada dua jenis iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit juga dikenali sebagai objektif yang umum. Pembelajara implisit pula ialah suatu kaedah pembelajaran membantu seorang murid memperoleh kemahiran dengan cara tidak disedari.  Objektif ini adalah objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran. Kaedah pembelajaran ini adalah berdasarkan tindakan spontan tanpa memikirkan sama ada perbuatan tersebut salah atau betul. Penggunaan objektif ini akan menggunakan kata kerja untuk murid yang dihasratkan dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Kata kerja domain kognitif adalah seperti mengetahui, memahami, mentafsir dan sebagainya. Selain itu, kata kerja domain afektif seperti menyedari, menerima dan menghargai. Kata kerja domain psikomotor terdiri daripada bermain, melakar, memasang dan sebagainya. Jenis objektif yang kedua ialah objektif eksplisit. Pembelajaran eksplisit ialah satu kaedah pembelajaran yang membantu seseorang memperoleh kemahiran secara sedar dengan cara memberi arahan secara jelas dan berstruktur yang mana penerima dapat memahami maksud arahan yang diberikan kepadanya. Objektif ini melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, memberi contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.
Set induksi merupakan langkah yang awal dalam proses P&P. Menurut Mok Song Sang (2001) menyataka set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Antara teknik yang boleh dilakukan oleh guru ialah soal jawab, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, gambar, bunyi dan sebagainya. Dalam menjalankan pengajaran, guru hendaklah merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun deng baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Guru-guru juga hendaklah peka terhadap langkah-langkah yang dirancang . Refleksi pengajaran akan dikendalikan oleh guru di dalam kelas untuk membuat refleksi atau muhasabah selepas guru selesai melaksanakan pengajaran. Segala kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang dan antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid dan keazaman guru.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran lebih merujuk kepada persiapan guru tersebut untuk melaksanakan P&P di dalam kelas. Persediaan awal guru-guru amatlah penting untuk memastikan objektif dan matlamat pengajaran itu tercapai.

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1. PENDAHULUAN
Sekolah sering dikaitkan dengan pendidikan kerana sekolah merupakan tempat berlakunya penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar, mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah merupakan satu institusi atau organisasi formal yang bukan sekadar tempat untuk mneyebarkan ilmu pengetahuan, malahan ia juga tempat untuk menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, membentuk satu rupa bangsa yang boleh bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan.
Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah terbahagi persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada fasiliti peralatan yang dibekalkan di sekolah. Tamsilnya, reka bentuk bilik darjah seperti pencahayaan dan pengudaraan, kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang selesa akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dan pembelajaran di bilik darjah. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat.
Persekitaran psikosial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah akan wujud jika mempunyai ciri-ciri seperti suasana yang selesa dan mesra, bebas daripada ancaman bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakka pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang akan memberikan kesan kapada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran. Pendekatan pengajaran guru hendaklah mengambil kira keperluan murid di dalam kelas seperti memahami matlamat dan objektif pengajaran, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Selain itu, gaya kepimpinan guru. Gaya kepimpinan guru akan memberikan kesan kepada suasana pembelajaran pelajar. Faktor lain yang akan memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah komunikasi dan corak interaksi. Kemahiran ini merupakan asas yang paling penting kepada pengurusan bilik darjah yang baik.

2. ISI PENTING
Persekitaran sekolah merujuk kepada hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Hubungan ini merupakan hubungan tiga dimensi utnuk mencapai matlamat yang sama iaitu matlamat sekolah. Hubungan ini haruslah mempunyai hubungan yang mantap dan akrab antara dua pihak. Hubungan strategik akan memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat. Masyarakat mempunyai pengaruh yang luas yang meliputi aspek ekonomi dan politik sesebuah negara. Disebabkan itu sekolah adalah satu institusi masyarakat yang bertujuan untuk menggalakkan dan memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak akan hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya. Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995), keperluan masyarakat umumnya disalurkan melalui sekolah berdasarkan pandangan hidup, visi atau wawasan serta pegangan politik masyarakat tersebut. Pencapaian pelajar  bukan sahaja bergantung kepada prestasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup pelajar itu sendiri. Sekolah pula bertanggungjawab memberi pendidikan yang sebaiknya terhadap masyarakat. Masyarakat meletakkan sekolah sebagai satu institusi formal untuk mendidik anak-anak mereka. Oleh itu, sekolah mempunyai tanggungjawab untuk membentuk masyarakat berasaskan pendidikan dan ilmu yang diterimanya.
Pertubuhan masyarakat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah juga sangat digalakkan kerana ia akan memberi sumbangan dalam meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar yang berkenaan Belia Negara, Anti Dadah Kebangsaan dan sebagainya. Sumbangan ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid –murid dan juga meningkatkan lagi mutu pencapaian persekolahan pelajar dengan adanya hubungan sosial antara warga sekolah dan masyarakat yang turut mengambil berat terhadap sekolah.
Selain daripada masyarakat, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan anak-anak dan pendidikan. Dari segi pembentukan psikologi dan perkembangan sosial anak-anak, penglibatan ibu bapa dilihat sebagai faktor yang paling dominan dalam menentukan anak-anak di rumah dan di sekolah. Penglibatan ibu bapa merujuk kepada penglibatan dalam pendidikan atau persekolahan anak-anak menunjukkan bahawa ibu bapa sememangnya pengaruh paling besar dalam menentukan tahap pencapaian anak-anak mereka dalam akademik. Ibu bapa digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktiviti sekolah anak-anak untuk memberikan idea dan pengetahuan mereka dalam membantu anak-anak mereka dalam bidang akademik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).  PIBG ini dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan. Mesyuarat agung PIBG diadakan sekali setahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasanya. Fungsi PIBG yang paling utama adalah untuk menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah. Selain itu, PIBG juga berperanan sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Dengan adanya PIBG, akan wujudnya satu hubungan yang akrab dan mesra ini mampu menyelapkan prasangka antara ibu bapa dan guru. Jika wujudnya permasalahan antara ibu bapa dan guru juga, PIBG boleh menjadi wakil dalam perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah dalam mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang daripada pelbagai aspek.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran seperti masyarat dan ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan fizikal. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan antara pelbagai pihak bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang berkualiti. 

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
1. PENDAHULUAN     
Pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan dalam membantu murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Inisiatif ini diteruskan lagi dengan mewujudkan Pendidikan Khas untuk pelajar yang mempunyai permasalahan dari segi mental ataupun fizikal. Menurut Jabatan Pendidikan Johor (1998) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendidikan khas ini merupakan satu pendekatan kepada kepada para guru untuk lebih mendekati dan mengajar para pelajar yang mempunyai masalah kerana mereka tidak akan berupaya untuk mencapai target atau pencapaian yang telah ditetpakan dalam program sekolah aliran perdana.

2. ISI PENTING
Pengurusan murid pelbagai upaya ini mempunyai empat aspek penting yang perlu difokuskan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Aspek-aspek yang dihasilkan ini mempunyai perbezaan dalam ciri-ciri, konsep dan tujuannya mengikut aspek yang telah ditentukan. Selain itu, pendidikan khas ini bukan sahaja tertumpu kepada pelajar yang bermasalah pembelajaran sahaja malahan juga tertumpu kepada pelajar yang cerdik. Kurikulum Pendidikan Khas ini juga merupakan kurikulum yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pengurusan murid yang dilakukan di setiap sekolah ialah pemulihan. Pemulihan merupakan salah satu langkah yang diambil untuk setiap sekolah bagi mengajar murid-murid yang mempunyai kesukaran untuk mahir dalam kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis. Menurut Blair (1956), pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang mengahalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Pemulihan akan dilakukan oleh guru-guru yang khusus dan di tempat yang khusus. Pemulihan ini dilakukan berlandaskan buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap murid-murid mempunyai perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar adalah salah satu punca mereka lebih lambat untuk memahami subjek yang diajarkan oleh guru-guru di dalam kelas dan hal ini akan jadi lebih teruk jika diambil lewa. Selain itu, kekalutan pihak guru untuk menghabiskan silibus yang perlu diajar dan kaedah pengajaran tersebut yang tidak sesuai dengan segelintir pelajar juga menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak memahami apa yang diajarkan. Dengan itu, program pemulihan ini merupakan salah satu tindakan yang segera untuk membantu murid-murid tersebut sebelum masalah ini menjadi lebih teruk. Antara ciri-ciri murid yang perlu ke program pemulihan khas ialah pelajar yang rendah diri, pasif, kerap tidak hadir ke sekolah, lemah pemahaman, malas dan cepat bosan. Jadi, sebagai seorang guru hendaklah menggunakan strategi dan cara yang berbeza untuk sesi pengajaran di dalam kelas mengikut keupayaan pelajar. Guru juga hendaklah membentuk personality yang baik dalam diri murid untuk memberi semangat dalam diri setiap pelajar untuk lebih bersemangat menuntut ilmu.
Sebagai seorang guru hendaklah mengetahui bahawa setiap pelajar mempunyai tahap yang berbeza iaitu pandai, sederhana dan lemah. Jadi pembelajaran hendaklah mengikut keupayaan mereka, Pelajar yang pandai akan merasa cepat bosan di dalam kelas jika pembelajaran atau aktiviti di dalam kelas tidak mencabar. Sejurus dengan itu, salah satu inisiatif yang dilakukan ialah pengayaan. Pengayaan ialah satu aktiviti tambahan yang diberikan kepada murid-murid yang dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih awal. Dengan itu, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pembelajaran. Aktiviti pengayaan boleh dilakukan tanpa guru kerana aktiviti yang dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti secara kendiri atau individu. Pengayaan terbahagi kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar ialah aktiviti yang dilakukan mengikut kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan tersebut. Kadar kesukaran pengayaan aktiviti adalah berlandaskan keupayaan individu tersebut dan jenis aktiviti tersebut adalah berlandaskan unit kemahiran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Tujuan pengayaan ini dilakukan untuk mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh murid-murid dan menarik lagi minat mereka dalam aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Pengayaan menegak pula aktiviti yang berlandaskan minat dan kebolehan murid dalam kumpulan yang cerdas sahaja. Kadar kesukaran aktiviti pengayaan menegak adalah sama dan jenis aktiviti yang dilakukan seperti permainan, kertas projek dan rekreasi. Dalam program pengayaan ini bukan sahaja untuk murid-murid mengalami pembelajaran yang lebih menarik malah dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
Di samping itu, aspek yang dilihat penting dan perlu diambil langkah-langkah pembaikan oleh pihak guru ialah murid yang berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak yang Pintar Cerdas dan mempunyai kebolehan yang normal dan jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lain juga dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut Kail (2001), hampir empat peratus daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri. Kank-kanak pintar cerdas adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daraipada kalangan rakan sebaya. Kanak-kanak ini bukan sahaja mahir dalam bidang akademik malah mempunyai kebolehan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Antara ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini ialah perbendaharaan kata yang lebih luas dan juga mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah. Kanak-kanak ini juga tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mereka dapat dengan mudah dan mereka juga sangat petah berkomunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas juga terdiri daripada pelajar yang mempunyai autism. Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-spek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini akan mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau non-verbal dan masalah tingkah laku. Antara ciri-ciri autisme ialah sukar berkomunikasi dan mengelak untuk bertentang mata. Kanak-kanak ini juga mempunyai emosi tidak seimbang dan mencederakan diri sendiri. Dengan itu, pendidikan di sekolah akan dilakukan secara bersepadu dan terancang. Para guru akan mengambil pendekatan mengikut tingkah laku kanak-kanak tersebut. Para guru juga akan menjalankan pendidikan inklusif dimana pendidikan inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid –murid normal di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh,1996). Pendidikan inklusif ini dilakukan dalam dua bentuk iaitu separa inklusif di mana murid akan mengikut pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja dan selebihnya akan mengikuti program di kelas khas. Selain itu ialah inklusif sepenuh masa. Pendidikan inklusif sepenuh masa ialah murid akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasaseperti murid biasa tetapi senarai nama akan kekal dalam Pendidikan Khas. Guru kelas akan rujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Disleksia pula merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Antara ciri-ciri disleksia ini ialah disparaxia iaitu mengalami masalah koordinasi motor, mata dan tangan. Selain itu, diskalkulia iaitu maslalah dalam bidang matematik. Ciri-ciri yang lain ialah disgrafia yang merujuk kepada bahasa. Cara pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas bagi pelajar ini ialah pendekatan multi sensori. Pendekatan multi sensori ini juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria. Pengajaran ini akan melibatkan kepelbagaian deria yang ada di dalam diri murid seperti penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Deria-deria ini akan dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar tersebut.
span style="font-size: 12pt; line-height: 150%;"> Aspek seterusnya ialah kecerdasan pelbagai. Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Menurut Gardner (1983), kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Beliau telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Jenis yang pertama ialah kecerdasan Logik-Matematik. Jenis ini ialah untuk pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan ini mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Selain itu, kecerdasan Verbal-Linguistik iaitu golongan yang mempunyai kebolehan dlam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Di samping itu, kecerdasan muzik. Kecerdasan ini merujuk kepada golongan yang mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecerdasan Kinestetik Badan pula merujuk kepada individu yang mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Seterusnya, kecerdasan Interpersonal iaitu golongan yang berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Kecerdasan Ruang Visual ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Kecedasan Naturalis pula mepunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Golongan ini sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka. Akhir sekali ialah kecerdasan ekistensialis. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalm fikiran mereka.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai upaya yang berbeza keupayaannya dan perlu dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Para guru hendaklah mengenal pasti masalah murid-murid sebelum ianya berpanjangan dan membawa masalah kepada murid-murid.



PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

1. PENDAHULUAN
Pengurusan ialah mengawal, mengarah atau matlamat. Manakala budaya pula dimaksudkan sebagai cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat ataupun oleh sekumpulan manusia. Budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat. Sesuatu budaya dipelajari melalui proses pembelajaran. Budaya tidak terhad kepada budaya perkauman, budaya tidak terhad kepada budaya perkauman Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implikasi kepada semua warga di dalam sekolah termasuklah pendidik dan anak didik. Di dalam sesebuah sekolah akan wujudnya pelbagai budaya yang dipratikkan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran mereka. Budaya sekolah ini juga merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pengurusan pelbagai budaya penting dalam memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan, amalan profesion keguruan meningkat dan produktiviti bertambah.

2. ISI PENTING
Kepelbagaian budaya adalah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial budaya dan menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Dari segi hakikat kejadian manusia memang berbeza antara satu sama lain. Malaysia antara sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya maka tidak hairanlah di dalam sesebuah sekolah terdapat berbagai bangsa. Dan sebagai seorang guru pula yang bertindak sebagai agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya terutama di sekolah kerana gurulah yang mencorak perilaku murid yang positif. Namun terdapat segelintir guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Hakikatnya pelajar adalah sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum.
Banyak perbezaan di kalangan pelajar termasuklah perbezaan bangsa, agama, taraf keluarga dan juga jantina. Ianya juga melibatkan golongan minoriti (orang asli). Pihak sekolah memikul tanggungjawab bagi memastikan samada struktur program mereka mampu memberi kesan terhadap kepelbagaian pelajar. Dengan itu guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza agar semua pelajar dapat bimbingan secara terus oleh guru dan guru tidak seharusnya berat sebelah terutama apabila menyampaikan ilmu. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah pendidikan secara inklusif iaitu satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, 1996).
Dalam pada itu, pihak sekolah terutama para guru harus tahu cara untuk mengawal pengurusan merentas budaya ini. Pengurusan merentas budaya ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mempelajari dan mengenal pelbagai budaya. Selain itu, mereka dapat menghargai dan berkongsi nilai-nilai masyarakat yang mereka tahu serta dapat sama-sama belajar bahasa kebangsaan. Perkara ini khususnya kepada bangsa cina dan india yang ingin mendalami lebih lagi mengenai bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Malah apa yang lebih menarik lagi pelajar dapat bersama-sama belajar bahasa ibunda masing-masing yang sememangnya kita tahu setiap bangsa mempunyai pelbagai dialek dan loghat.
Bagi memastikan pengurusan merentas budaya ini berjaya, institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Hal ini adalah kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi pelajar-pelajar memandangkan mereka lebih banyak meluangkan masa di sekolah berbanding di rumah sendiri. Guru yang bertanggungjawab memastikan anak-anak murid sentiasa menjaga perilaku sewaktu berada di kawasan sekolah. Guru juga memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bersesuaian dengan falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan merupakan sebagai satu saluran untuk mencapaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi terutama para pelajar.
Kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum. Ia demi memastikan dan membolehkan keamanan negara dapat dikekalkan sepanjang masa. Perbezaan budaya adalah positif dan meningkatkan martabat masyarakat kerana ia memberi setiap individu lebih banyak peluang untuk mendapat pengalaman budaya lain di samping memahami budaya sendiri. Ianya juga dianggap sebagai satu kekuatan dan bukannya kelemahan. Selain itu pendekatan kurikulum dan pelbagai budaya juga bertujuan untuk memahami masalah dan kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka. Pihak sekolah mampu menyediakan skop sokongan kepada lebih ramai pelajar termasuklah pelajar yang diasingkan daripada sekolah dan kelas biasa.
Kita tahu dalam menjaga pengurusan pelbagai budaya di sekolah banyak isu yang sering timbul di mana yang boleh membawa kesukaran bagi pihak sekolah. Antara isu tersebut ialah perasaan prejudis antara budaya guru-guru dan para pelajar. Pelajar-pelajar membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza dengan budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Mereka berbeza dari segi cara berkomunikasi, nilai-nilai sosial dan intelektual, gerak badan serta pandangan mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Terdapat juga guru yang membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah maka dari situ timbullah masalah dalam sistem komunikasi dan cara berinteraksi dengan murid. Selain itu, stereotaip juga wujud dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Ada murid yang berfikiran negatif terhadap kaum yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama kaum dengan mereka.
Seterusnya ialah isu dalam pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi dan globalisasi. Setiap individu terutama para pelajar terdedah kepada pandangan dunia dan mempunyai landasan untuk mereka meluahkan perasaan dan pandangan yang mereka miliki secara tebuka. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu memastikan maklumat tentang konsep pelbagai budaya terutama dalam kawasan persekitaran sekolah dijelaskan kepada para pelajar supaya ia tidak diputar belitkan atau disalah faham oleh para pelajar itu sendiri.
Lain daripada itu, terdapat juga isu berkaitan pengisian kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Ianya adalah kerana sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India sebagai subjek wajib dan telah menyebabkan ibu bapa daripada kaum tersebut kurang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Perkara sebegini seharusnya dipandang serius oleh pihak yang berwajib kerana kita tidak mahu wujudnya jurang antara kaum lebih-lebih lagi kepada anak-anak kerana merekalah yang menjadi tunjang kepada negara ini.

3. RUMUSAN
Tuntasnya, kita sedia maklum bahawa guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya. Maka dengan itu seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah-masalah yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Selain itu guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik di mana sudut-sudut ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Dengan itu juga secara tidak langsung ia dapat mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. 

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

1. PENDAHULUAN
Untuk membina kerjaya sebagai seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kita mengambil berat terhadap anak-anak orang dan mengambil berat tentang dunia dimana kita hidup. Kita melatih diri sendiri untuk berdepan dengan cabaran dan kadang-kadang profesyen guru seolah-olah tidak dihargai. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid antaranya melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan monitering. Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya manusia berasa selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif terhadap orang lain dan berkeupayaan memenuhi tuntutan hidup. Kaunseling penting untuk membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi yang betul untuk melakukan sesuatu.
Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu guru dalam mendorong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta perkembangan diri pelajar. Guru-guru juga memperoleh kemahiran untuk mendekati pelajar supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri.
Oleh itu, kita perlu untuk memahami maksud di sebalik pengurusan penasihatan murid. Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, pemyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penasihatan mengikut Kamus Dewan (1994) bermaksud ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Manakala murid pula adalah anak-anak yang sedan belajar atau berguru ataupun penuntut ilmu.  



2. ISI PENTING
2.1 Konsep Bimbingan 
Sebahagian daripada program yang membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dan menolong individu untuk memahami keadaan dirinya dan juga orang disekelilingnya.
Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah dan memberi peluang kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak.
Proses bimbingan merupakan satu proses yang berterusan kerana secara keseluruhannya ia adalah perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

2.1.1 Ciri-ciri Bimbingan 
Aktiviti yang dirancang
Proses membantu individu atau kumpulan
Diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan
Fokus utama adalah untuk mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal
Perlu dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah
Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya


2.2 Konsep Penasihatan 
Proses menasihat individu atau kumpulan
Kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi nasihat
Strategi menyelsaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994)
Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru yang berguna yang berfungi mengajar untuk berfikir dan bertindak (Gibson dan Mitchell, 1999)
Ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan, 1994)

2.2.1 Ciri-ciri Penasihatan 
Proses menasihati individu atau kumpulan
Fokus kepada masalah
Berbentuk arahan dan suruhan
Matlamat adalah bagi membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya
Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan
Jangka masa lebih pendek tetapi boleh kekal untuk tempoh masa lebih panjang disebabkan masalah sesuatu isu
Boleh digunakan untuk tujuan psiko sosial serta penambahbaikan
Agenda perjumpaan umumnya dipersetujui oleh individu-individu dan penasihat
Individu yang tidak terlibat seperti rakan kepada yang memerlukan nasihat jarang sekali terlibat

2.2.2 Proses Bimbingan dan Penasihatan
Proses untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar dipecahkan kepada lima fasa iaitu :
1. Fasa satu : Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
2. Fasa dua : Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
3. Fasa tiga : Proses mengenali pelajar
4. Fasa empat : Proses membimbing pelajar
5. Fasa lima : Analisis penilaian


2.3 Konsep Monitering
Mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu
Program mentor mentee antara pelajar antara 2, 10, hingga 15 orang di bawah pengurusan seorang atau lebih orang guru
Di bawah bidang kuasa pentadbir
Pentadbir akan meluluskan setiap senarai mentor mentee yang dikemukakan oleh pihak kaunseling
Berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab, yakin dan berdaya saing
2.3.1 Ciri-ciri Monitering
Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang
Menjadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan
Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas
Mentor kebiasaannya adalah seorang yang lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada mentee
Berfokus kepada aspek kerjaya dan perkembangan peribadi
Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan
Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee

2.3.3 Proses Mentoring
Menjalin hubungan
Merundingkan persetujuan/ perjanjian
Perkembangan profesionalisme mentee
Menamatkan hubungan

3. RUMUSAN
Secara keseluruhannya bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membatu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat yang tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan dan dikekalkan oleh semua guru di setiap sekolah supaya pelajar-pelajar yang bermasalah sedar dan tahu bahawa wujudnya pihak lain yang masih mengambil berat tentang diri mereka walaupun mereka ada melakukan kesilapan tidak kiralah samada kesalahan besar mahupun kesalahan yang kecil.

RUJUKAN

RUJUKAN Buku Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books. ...