Sunday 11 November 2018

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan seorang insan yang cemerlang dan bermanfaat pada semua kelak. Selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid untuk memastikan murid-murid menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang belajar dalam diri kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktivi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ini ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran bukan satu yang tetap kerana corak ini akan berubah mengikut perkembangan masa seperti Pembelajaran Abad ke-21 yang kebanyakannya menggunakn teknologi dan perubahan dalam sistem kelas atau jadual waktu  kelas.

2. ISI PENTING
Dalam konsep pengajaran, guru akan membuat pemindahan ilmu kepada pelajar sebagai proses pembelajaran. Matlamat pengajaran ini ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dimana semuanya sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Keberkesanan pengajaran ini adalah dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dpat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Sejajar dengan itu, pihak guru hendaklah merancang dengan lebih awal sebelum proses pengajaran supaya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rancangan pengajaran terbahagi kepada dua iaitu rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian. Rancangan pengajaran tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh para guru. Selain itu ialah rancangan pelajaran harian di mana rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif dan kenyatan sejauh mana objektif iti tercapai. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Rekod ini boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Tujuan merancang suatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif. Selain itu, tujuan konsep pengajaran akan menarik perhatian murid-murid dan tidak akan membosankan murid-murid sehingga kelas tamat. Para guru juga hendaklah membuat persediaan sebelum mengajar kerana ia akan melancarkan proses penyampaian ilmu kepada murid-murid. Guru-guru hendaklah membuat penulisan persediaan mengajar. Selain itu ialah persediaan ilmu pengajaran da nisi pelajran diajar. Guru hendaklah mengingat kembali segala ilmu sebelum mereka masuk ke dalam kelas untuk membuat sesi pengajaran. Guru juga hendaklah menyediakan bahan pengajaran dan peralatan pengajaran sebagai alat bantu mengajar kepada guru-guru untuk lebih menarik minat murid-murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, guru juga hendaklah menyediakan ruang pengajaran dan kemahiran dalam pengajaran.
Objektif pengajaran ialah satu pernyataan yang telah ditentukan dan perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap terentu. Proses pengajaran melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai seperti pengetahuan, kemahiran, perubatan, tingkah laku  dan sebagainya. Objektif pengajaran mempunyai tiga perspektif iaitu perspektif guru, perspektif pelajar dan perspektif pentadbir. Objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dengan adanya objektif pengajaran, guru dapat menilai sama ada matlamat pengajarannya tercapai atau sebaliknya.Selain itu, perspektif pelajar di mana objekif pengajaran ialah memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dipelajari pelajar. Perspektif terkahir ialah perspektif pentadbir yang berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran dan rancangan mengajar.
Objektif pengajaran terbahagi kepada dua jenis iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit juga dikenali sebagai objektif yang umum. Pembelajara implisit pula ialah suatu kaedah pembelajaran membantu seorang murid memperoleh kemahiran dengan cara tidak disedari.  Objektif ini adalah objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran. Kaedah pembelajaran ini adalah berdasarkan tindakan spontan tanpa memikirkan sama ada perbuatan tersebut salah atau betul. Penggunaan objektif ini akan menggunakan kata kerja untuk murid yang dihasratkan dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Kata kerja domain kognitif adalah seperti mengetahui, memahami, mentafsir dan sebagainya. Selain itu, kata kerja domain afektif seperti menyedari, menerima dan menghargai. Kata kerja domain psikomotor terdiri daripada bermain, melakar, memasang dan sebagainya. Jenis objektif yang kedua ialah objektif eksplisit. Pembelajaran eksplisit ialah satu kaedah pembelajaran yang membantu seseorang memperoleh kemahiran secara sedar dengan cara memberi arahan secara jelas dan berstruktur yang mana penerima dapat memahami maksud arahan yang diberikan kepadanya. Objektif ini melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, memberi contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.
Set induksi merupakan langkah yang awal dalam proses P&P. Menurut Mok Song Sang (2001) menyataka set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Antara teknik yang boleh dilakukan oleh guru ialah soal jawab, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, gambar, bunyi dan sebagainya. Dalam menjalankan pengajaran, guru hendaklah merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun deng baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Guru-guru juga hendaklah peka terhadap langkah-langkah yang dirancang . Refleksi pengajaran akan dikendalikan oleh guru di dalam kelas untuk membuat refleksi atau muhasabah selepas guru selesai melaksanakan pengajaran. Segala kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang dan antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid dan keazaman guru.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran lebih merujuk kepada persiapan guru tersebut untuk melaksanakan P&P di dalam kelas. Persediaan awal guru-guru amatlah penting untuk memastikan objektif dan matlamat pengajaran itu tercapai.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

RUJUKAN Buku Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books. ...