Sunday, 11 November 2018

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

1. PENDAHULUAN
Untuk membina kerjaya sebagai seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kita mengambil berat terhadap anak-anak orang dan mengambil berat tentang dunia dimana kita hidup. Kita melatih diri sendiri untuk berdepan dengan cabaran dan kadang-kadang profesyen guru seolah-olah tidak dihargai. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid antaranya melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan monitering. Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya manusia berasa selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif terhadap orang lain dan berkeupayaan memenuhi tuntutan hidup. Kaunseling penting untuk membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi yang betul untuk melakukan sesuatu.
Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu guru dalam mendorong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta perkembangan diri pelajar. Guru-guru juga memperoleh kemahiran untuk mendekati pelajar supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri.
Oleh itu, kita perlu untuk memahami maksud di sebalik pengurusan penasihatan murid. Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, pemyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penasihatan mengikut Kamus Dewan (1994) bermaksud ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Manakala murid pula adalah anak-anak yang sedan belajar atau berguru ataupun penuntut ilmu.  



2. ISI PENTING
2.1 Konsep Bimbingan 
Sebahagian daripada program yang membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dan menolong individu untuk memahami keadaan dirinya dan juga orang disekelilingnya.
Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah dan memberi peluang kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak.
Proses bimbingan merupakan satu proses yang berterusan kerana secara keseluruhannya ia adalah perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

2.1.1 Ciri-ciri Bimbingan 
Aktiviti yang dirancang
Proses membantu individu atau kumpulan
Diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan
Fokus utama adalah untuk mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal
Perlu dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah
Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya


2.2 Konsep Penasihatan 
Proses menasihat individu atau kumpulan
Kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi nasihat
Strategi menyelsaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994)
Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru yang berguna yang berfungi mengajar untuk berfikir dan bertindak (Gibson dan Mitchell, 1999)
Ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan, 1994)

2.2.1 Ciri-ciri Penasihatan 
Proses menasihati individu atau kumpulan
Fokus kepada masalah
Berbentuk arahan dan suruhan
Matlamat adalah bagi membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya
Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan
Jangka masa lebih pendek tetapi boleh kekal untuk tempoh masa lebih panjang disebabkan masalah sesuatu isu
Boleh digunakan untuk tujuan psiko sosial serta penambahbaikan
Agenda perjumpaan umumnya dipersetujui oleh individu-individu dan penasihat
Individu yang tidak terlibat seperti rakan kepada yang memerlukan nasihat jarang sekali terlibat

2.2.2 Proses Bimbingan dan Penasihatan
Proses untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar dipecahkan kepada lima fasa iaitu :
1. Fasa satu : Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
2. Fasa dua : Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
3. Fasa tiga : Proses mengenali pelajar
4. Fasa empat : Proses membimbing pelajar
5. Fasa lima : Analisis penilaian


2.3 Konsep Monitering
Mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu
Program mentor mentee antara pelajar antara 2, 10, hingga 15 orang di bawah pengurusan seorang atau lebih orang guru
Di bawah bidang kuasa pentadbir
Pentadbir akan meluluskan setiap senarai mentor mentee yang dikemukakan oleh pihak kaunseling
Berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab, yakin dan berdaya saing
2.3.1 Ciri-ciri Monitering
Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang
Menjadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan
Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas
Mentor kebiasaannya adalah seorang yang lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada mentee
Berfokus kepada aspek kerjaya dan perkembangan peribadi
Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan
Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee

2.3.3 Proses Mentoring
Menjalin hubungan
Merundingkan persetujuan/ perjanjian
Perkembangan profesionalisme mentee
Menamatkan hubungan

3. RUMUSAN
Secara keseluruhannya bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membatu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat yang tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan dan dikekalkan oleh semua guru di setiap sekolah supaya pelajar-pelajar yang bermasalah sedar dan tahu bahawa wujudnya pihak lain yang masih mengambil berat tentang diri mereka walaupun mereka ada melakukan kesilapan tidak kiralah samada kesalahan besar mahupun kesalahan yang kecil.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

RUJUKAN Buku Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books. ...