Sunday, 11 November 2018

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

1. PENDAHULUAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Definisi tingkah laku menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan rekreasi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar, dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Sementara itu, menurut Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Disiplin pula ialah kata disiplin itu sendiri berasal dari Bahasa Latin “discipline” yang berarti “latihan atau pendidikan kesopanan dan kerokhanian serta pengembangan tabiat.” Disiplin muncul sebagai usaha untuk memperbaiki perilaku individu sehingga taat azas dan selalu patuh pada aturan atau norma yang berlaku. Menurut Siswanto (2001) memandang bahawa disiplin adalah suatu sikap menghormati, menghargai, patuh, dan taat terhadap peraturan-peraturan yang berlaku, baik yang tertulis maupun tidak tertulis serta sanggup menjalankannya dan tidak mengelak untuk menerima sanksi-sanksinya apabila ia melanggar tugas dan sewenang-wenangnya yang diberikan kepadanya. Sementara itu, menurut Hasibuan (2002) disiplin adalah suatu sikap menghormati dan menghargai suatu peraturan yang berlaku,baik secara tertulis mahupun tidak tertulis serta sanggup menjalankannya dan tidak menolak untuk menerima sanksi-sanksi apabila dia melanggar tugas dan sewenang-wenangnya yang diberikan kepadanya. Dari pendapat para ahli di atas, maka dapat disimpulkan bahawa disiplin adalah suatu kondisi yang tercipta dan terbentuk melalui serangkaian perilaku yang menunjukkan nilai-nilai ketaatan, kepatuhan, kesetiaan, ketenteraman, keteraturan dan ketertiban.
2. ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan teori punca salah laku pelajar, jenis-jenis devian, prosedur disiplin dan salah laku. Antara teori punca salah laku pelajar adalah teori fungsionalisme. Menurut Emile Durkheim, tteori fungsionalisme  adalah suatu bangunan teori yang paling besar pengaruhnya dalam ilmu sosial di abad sekarang. Pemikiran structural fungsional sangat dipengaruhi oleh pemikiran biologis iaitu menganggap masyarakat sebagai organisme biologis yaitu terdiri dari organ-organ yang saling ketergantungan, ketergantungan tersebut merupakan hasil atau konsekuensi agar organisme tersebut tetap dapat bertahan hidup. Sama halnya dengan pendekatan lainnya pendekatan struktural fungsional ini juga bertujuan untuk mencapai keteraturan sosial. Devian pula adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. Selain itu, teori punca salah laku pelajar adalah teori konflik. Teori ini menerangkan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minority yang menindas. Antara contohnya kita dapat lihat di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa. Seterusnya adalah teori interaksionisme. Dalam teori ini devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Misalnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya mengamalkan sikap pilih kasih dalam kalangan pelajarnya dan ini menyebabkan mereka melakukan devian.
Aspek kedua yang ingin dibincangkan adalah jenis-jenis devian yang berpunca daripada teori salah laku pelajar. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah, ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan), dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). Punca devian yang telah dinyatakan ini adalah disebabkan kelas sosial dan faktor jantina,
Aspek ketiga adalah dari segi prosedur disiplin dan salah laku yang dapat dikupas dalam topik pengurusan tingkah laku dan disiplin. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat. Antara contohnya, pelajar tersebut akan dibuang sekolah jika diberi surat amaran kali ketiga akibat tidak hadir ke sekolah selama 60 hari. Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka. Oleh itu, sekolah telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar dengan cara menguatkuasakan tatacara menangani masalah disiplin, melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan, dan penguatkuasaan pekeliling perkhidmatan.

3. RUMUSAN
Secara kesimpulannya, aspek penting yang dibincangkan dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin adalah teori punca salah laku pelajar, jenis-jenis devian, prosedur disiplin dan salah laku. Dalam pembelajaran topik ini, saya dapat simpulkan bahawa guru perlu mengenal pasti dulu sesuatu masalah dalam kalangan pelajarnya terlebih dahulu. Dengan mengetahui jenis dan punca kepada masalah tersebut, ini memudahkan guru tersebut untuk mengambil tindakan seterusnya iaitu memikirkan cara atau langkah untuk mengatasi masalah ini. Dengan berpandukan kepada prosedur disiplin dan salah laku pelajar, guru tersebut boleh mengenakan hukuman dan tindakan yang bersesuaian atas kesalahan yang pelajar lakukan. Kesannya, pendekatan berperingkat ini dapat memudahkan guru untuk melaksanakan tugas dan pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar lebih terkawal.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

RUJUKAN Buku Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books. ...