TAJUK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
1. PENDAHULUAN
Menurut Ahmad Mahdzan (2004), pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti. Manakala menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Sementara itu Robbins (1984), mendefinikan pengurusan sebagai satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Syukur (1988) juga turut memberi pandangannya dimana, pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
Manakala pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku secara kekal dan pembelajaran juga boleh diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan (Bower dan Hilgard 1981). Menurut Frytal (2003) pula, pembelajaran merupakan perubahan perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Sementara itu, E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson ( Introduction to Psychology, 1975). Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini; pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. Bagi Morris L. Bigge ( Learning Theories for Teachers, 1982), pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.
2. ISI PENTING
Terdapat beberapa isi penting yang perlu diketahui dan dipelajari dalam tajuk pengurusan dan pembelajaran. Dalam tajuk ini, bukan sahaja menerangkan tentang pengurusan dan pembelajaran sahaja tetapi turut menekankan tentang organisasi seperti sekolah, guru dan pelajar. Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis iaitu pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Sementara itu, menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa.
Terdapat tiga ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir adalah sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Selain itu, Kumpulan sasarannya juga manusia seperti kanak-kanak dan remaja yang sememangnya kita tahu bahawa ianya sangat kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Seterusnya, matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara. Namun begitu, untuk berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia merupakan cabaran yang paling sukar. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi wujudkan sekolah yang berkesan.
Selain itu, dalam tajuk ini juga ada menerangkan tentang konsep-konsep penting dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar. Antara konsep tersebut adalah mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Contoh mengawal adalah mengawal bilik darjah, mengawal aktivti berkumpulan, mengawal murid yang mempunyai masalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Manakala merancang pula adalah merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan, merancang aktivit penilaian dan sebagainya. Bagi pengalaman pula, ia merupakan perubahan, pemikiran, perubahan kebolehan, perubahan tingkah laku dan memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna. Ianya dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pelajar seperti ulang pelajaran yang lepas. Ini sangat penting dalam membantu pelajar untuk memahami sese pembelajaran yang dijalankan. Selain itu merancang pemikiran pelajar dengan soalan seperti fikir bersama, ramalan dan mencabar minda pelajar. Manakala bagi konsep yang terakhir ialah mengarah. Mengarah dikategorikan sebagai mengarah murid untuk melakukan sesuatu dengan cara yang betul seperti mematuhi disiplin yang telah ditetapkan, menjawab soalan yang diutarakan dan sebagainya.
Seterusnya, terdapat beberapa cara untuk menjadikan pengurusan dan pembelajaran pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Antaranya ialah dengan mengetahui keperluan fisiologi pelajar (tahap pembelajaran, keluarga, tingkahlaku dan emosi), pengurusan masa ( membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama), ilkim dalam bilik darjah (pencahayaan yang cukup dan aliran udara yang baik), kurikulum yang seimbang ( melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual), membuat perancangan sebelum mengajar (untuk memastikan p&p dapat berjalan dengan lancar) dan penggunaan bahan bantu mengajar ( dapat merangsang daya kreativiti pelajar).
Namun begitu, pelajar juga berperanan dalam menentukan kelancaran proses pengurusan dan pembelajaran selain pihak sekolah dan guru-guru. Pelajar boleh membantu dengan cara membuat kesediaan belajar iaitu kematangan fizikal seperti berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran, mengekalkan perhatian dengan beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendenga dan tumpuan minat. Tambahan pula, mereka harus menjadi pendorong iaitu penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat disamping menggunakan pengalaman sedia ada untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan diri lebih sedia.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, ibu bapa, guru dan pihak sekolah turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar. Ibu bapa berperanan dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Menurut Idris dan Jamal (1992), ibu bapa berperanan dalam memberikan dasar pendidikan, sikap dan keterampilan dasar seperti kasih sayang. Tambahan pula, selaku bakal pendidik, kita haruslah bersedia dengan segala pembaharuan dan mempunyai perancangan yang rapi dalam membuat sesuatu keputusan supaya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama selain dapat mengasah minda anak bangsa dengan daya pemikiran yang kreatif dan kritis.
No comments:
Post a Comment